Dengan berbekalkan bakat dan minat di bidang kerja tangan, Pn Kamariah Kassim telah mula membuat gubahan hantaran perkahwinan sejak berusia belasan tahun lagi. Banyak hasil gubahan beliau telah dihasilkan semenjak itu. Semasa bertugas, beliau telah mula mengambil tempahan secara sambilan bagi mengisi minat dan sebagai pendapatan tambahan. Rakan-rakan sekerja telah banyak memberikan sokongan kepada beliau. Hasil gubahan beliau juga telah mula di kenali. Setelah berpindah ke Putrajaya nama beliau semakin dikenali sebagai antara pembuat gubahan yang disegani. Banyak hasil gubahan beliau telah menyerikan pejabat-pejabat di sekitar Putrajaya. Beliau mula mengambil tempahan secara serius setelah menubuhkan syarikat sendiri Niroz KK & Decor. Benaung dibawah Kumpulan Syarikat Niroz, telah melonjakkan nama Pn Kamariah Kassim sehinggakan ada hasil gubahan beliau pernah diterbitkan di majalah-majalah tempatan seperti majalah Pesona Pengantin dan sebagainya. Selain dari membuat gubahan Pn Kamariah Kassim juga amat mahir di bidang katering. Ini terbukti dengan pengalaman beliau membekalkan juadah pada majlis-majlis pejabat, kenduri, perkahwinan. Beliau juga memiliki sijil di bidang jahitan dan gubahan dari MARA. Beliau juga selalu memenangi pertandingan gubahan hantaran yang di anjurkan oleh badan-badan NGO dan sebagainya. Oleh yang demikian Pn Kamariah Kassim perunding perkahwinan yang berpengalaman luas, berbakat dan comitted dalam apa yang beliau usahakan. Semoga segala rezeki yang Allah kurniakan diberkati.